
Program realiti hiburan nyanyian terkenal Akademi Fantasia muncul lagi bagi edisi 2017 dengan niche Akademi Fantasia Megastar yang menghimpunkan juara dan bekas peserta Akademi Fantasia musim terdahulu daripada edisi yang pertama.
Berikut merupakan peserta Akademi Fantasia Megastar.
Mereka yang bakal bersaing adalah Zahid (AF2), Faizal (AF4), Milla (AF5), Shahir (AF8), Faizul (AF2013), Firman (AF2014), Sufie (AF2015) dan Amir (AF2016).
Bagaimanapun kesemua mereka bakal berhadapan dengan 16 peserta lain daripada AF1 hingga AF2016 iaitu Rosma (AF1), Anding (AF2), Adam (AF2), Bob (AF2), Amylea (AF3), Idayu (AF3), Marsha (AF3), Nubhan (AF6), Aril (AF7), Adira (AF8), Amir Jahari (AF9), Azhar (AF2013), Indah (AF2013), Ewal (AF2014), Syamel (AF2015) dan Ara (AF2016).
Bersiaran selama lapan minggu, AF Megastar bakal bersiaran secara langsung dari Royal Theater, Shah Alam setiap hari Ahad, 8.30 malam bermula 3 September.
Dalam pada itu, AF Megastar bakal menampilkan dua juri profesional iaitu pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan penyanyi yang juga guru vokal, Syafinaz Selamat.
Seorang juri jemputan akan diundang pada setiap minggu persembahan. - mStar Online