
Hairul Azreen menepis tuduhan pihak tertentu yang mendakwa dia menumpang nama isteri dan anak untuk mencari sumber rezeki.
“Saya berasal daripada keluarga susah dan kehidupan bertambah baik selepas menang Fear Factor beberapa tahun lalu.
“Wang kemenangan itu saya gunakan untuk memulakan perniagaan bersama Hanis dan rezeki bertambah selepas kami mendirikan rumah tangga. Malah, rezeki terus melimpah selepas Yusuf lahir,” katanya.
Menegaskan kemewahan dinikmati sekarang adalah hasil usahanya, Hairul bangga apabila Yusuf memenangi Si Cilik Meletop Anugerah Meletop Era 2017, baru-baru ini kerana popularitinya di media sosial.
“Sewaktu awal menceburi bidang lakonan, saya teringin menang anugerah. Walaupun hasrat itu belum tercapai tetapi saya menganggap pencapaian Yusuf cukup terbaik,” katanya. - Harian Metro