
Sudah mencecah angka 1 Juta lebih tontonan di YouTube, taruhan terbaharu Aiman Tino menerusi lagu raya berjudul Lara Dalam Kerinduan nampaknya berjaya mencuri perhatian.
Lagu ciptaan ayahnya sendiri menggambarkan perasaan sayu seorang anak menyambut lebaran tanpa ayah tercinta yang sudah meninggal dunia.
Muzik lagu ini catchy, tak seperti lagu lebaran sayu yang lain yang sinonim dengan iringan sentimental. Yang mendayu-dayu, cuma suara Aiman Tino sahaja yang berusaha memberikan impak kesedihan menerusi lagu ini.
Banyak komen positif dalam ruangan YouTube tersebut, tetapi secara peribadi lagu ini tidak sampai ke hati admin!
Apapun, korang boleh cuba dengar, lain padang, lain belalang! Tak hadam sekali buka 10 kali, bagi jadi 20 juta view, zaman sekarang ni kan view di YouTube dengan followers di Instagram lagi penting daripada bakat dan kualiti 😛