Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Hairul Azreen Sado Demi Yusuf Iskandar

$
0
0


Perubahan bentuk badan Hairul Azreen menjadi ‘sado’ atau sasa menjadi bualan hangat pengguna media sosial yang kagum dengan penampilan baru pelakon itu.

Hairul, 28, berkata, tujuan sebenar dia membina badan bagi menunjukkan kepada anaknya, Yusuf Iskandar apabila dia sudah besar nanti.

“Saya cuma mahu menunjukkan kepada Yusuf yang saya pernah membina badan. Tak sangka saya turut menang kategori Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Anugerah Cantik EH! 2017,” katanya. Pada masa sama, suami kepada pelakon Hanis Zalikha ini meneruskan latihan kecergasan untuk lakonannya dalam filem aksi yang akan memulakan penggambaran selepas Aidilfitri ini.

“Filem ini membabitkan produksi besar dan turut memerlukan saya menjalani latihan kecergasan.


“Persiapan untuk watak juga agak berbeza membuatkan saya teruja,” katanya yang baru selesai penggambaran filem Pencuri Hati Mr Cinderella, Februari lalu. - Harian Metro

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>