
Mencari Cinta Sejati merupakan topik yang menjadi isi perbualan dalam program bual bicara Wanita Hari Ini yang bersiaran di TV3 pada 11 pagi ini.
Pagi ini, WHI menerima kunjungan Neelofa dan Miller Khan sebagai tetamu dalam berdiskusi tentang topik cinta sejati.
Beralih selepas topik kerjaya apabila beralih kepada isu pasangan hidup, produksi WHI sempat menemu bual beberapa individu dengan mengajukan persoalan siapakah yang layak menjadi pasangan hidup Neelofa.
Menerusi playback, rata-rata memberikan pandangan yang profesional dan cukup positif. Sesudah playback tersebut, air mata Neelofa mula berguguran.
Meski hakikatnya Lofa gembira kerana kata-kata dan doa-doa yang baik, namun dia tidak dapat menahan sebak sehinggakan pengacara WHI, Rina mengalihkan soalan kepada Miller, untuk memberikan masa kepada Neelofa bertenang!
Bagi yang terlepas tengok boleh cari di Tonton!