Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Norman Hakim Pernah Terfikir Untuk Membunuh Diri!

$
0
0


Sebalik senyum bahagia lelaki bernama Norman Hakim hari ini bersama keluarga besarnya, tiada siapa tahu keperitan yang pernah ditanggungnya selepas kisah hidup dan rumah tangga ‘dibogelkan’ sembilan tahun lalu. Kali pertama berkongsi kisah hatinya kepada Kosmo!, akui lelaki berusia 41 tahun itu, ujian demi ujian yang hadir tanpa henti waktu itu memberi tekanan cukup tinggi kepadanya.

Sehingga ke satu peringkat, dia hampir tewas dengan dugaan dan terasa ingin bertukar akidah. Lebih parah, dia ada terfikir mahu menamatkan riwayatnya sendiri. Namun, itulah titik perubahan rohani yang membawanya lebih dekat dengan Allah.

“Waktu itu tekanannya begitu tinggi, kontroversi dan ujian demi ujian datang tanpa henti. Tekanan dan kemurungan yang dialami membuatkan saya sebagai manusia hampir tewas dan terasa ingin bertukar akidah dan membunuh diri.

“Nasib baik, saya cepat tersedar dan terfikir, adakah saya mahu mati dengan cara begini? Itulah yang menjadi titik perubahan dalam kehidupan dan membuatkan saya kembali bermuhasabah diri,” ujar Norman memulakan bicara.

Dalam kegelapan, sinar cahaya mula menerangi hidupnya apabila dia menerima bantuan daripada pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah. Menerusi pakar motivasi itu, Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon diperkenalkan dengan Ustaz Shahrum Azam Mamat yang tinggal di Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

Sejak itu sehingga kini, Ustaz Shahrum menjadi gurunya bukan sahaja dalam memperbaiki ilmu agama dan keimanannya, tetapi juga memimpin tangan Norman mengharungi hidup sehari-hari berteraskan agama Islam. Dalam tempoh tiga tahun, Norman melengkapkan diri sebelum memulakan kehidupan berumah tangga dengan Memey pada 2011.

“Selepas segala yang berlaku dalam kehidupan, saya akhirnya pergi berguru dengan Ustaz Shahrom. Menerusi beliau, secara perlahan-lahan saya mula dekatkan diri dengan Allah. Penting untuk mempunyai seorang guru bagi orang yang cetek ilmu agama seperti saya.

“Sampai hari ini saya masih bertemu dengannya untuk menuntut ilmu. Alhamdulillah selepas bangkit daripada kejatuhan paling bawah dalam hidup dan kembali dekat dengan Allah, sampai satu peringkat saya sudah tidak takutkan apa-apa kecuali mati. Sebab saya yakin aturan Allah itu cantik dan jika reda dengan apa yang berlaku, sebagai manusia kita akan merasa nikmatnya,” luah Norman. - Kosmo!




Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>