Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Honda Civic Penyanyi Dangdut Hilang!

$
0
0


Penyanyi dangdut era 1990-an, Sheeda mengakui, buntu apabila kereta Honda Civic kesayangannya hilang sejak malam Rabu lalu. Sheeda atau nama sebenarnya Rashidah Hamid, berkata dia hanya menyedari kenderaan yang diletakkan di parkir kondominium penginapannya di Setapak, di sini, hilang pada pagi kelmarin namun masih positif dan menganggap ia mungkin dipinjam ahli keluarganya.

"Selain saya, ada orang lain yang turut mempunyai kunci pendua kereta itu. Pada mulanya, saya cuba bersikap positif dan menaruh harapan kereta itu akan dipulangkan. Tetapi sehingga hari ini, penantian itu hampa dan saya ambil keputusan untuk membuat laporan polis," katanya.

"Saya seperti hilang arah kerana ia satu-satunya kenderaan yang digunakan untuk urusan harian termasuk menjayakan undangan persembahan. Saya jadi buntu apabila pelbagai maklumat diterima, malah ada yang mendakwa ternampak kelibat kereta itu.

"Saya hanya berharap kereta itu akan ditemui secepat mungkin kerana ia menyimpan banyak kenangan kepada kami sekeluarga," katanya.

"Saya akui runsing kerana kereta itu diletakkan di kawasan rumah, tetapi tidak dapat dijejaki apabila pengurusan memaklumkan, kamera litar yang dipasang di ruang parkir tidak berfungsi sejak seminggu lalu," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>