
Usahawan berjaya, Safiey Illias tampil menawarkan tajaan kos guaman kes adik Thaqif bagi menuntut bela bagi keluarga arwah yang didakwa didera pembantu warden.
“Saya nak biayai kes guaman saman adik Thaqif ni. Siapa tahu mcm mana nk hubungi mak ayah arwah. Please inbox saya, saya akan bagi peguam terhebat untuk handle kes. Saya dengar haritu mak ayah dia nak take legal action kepada pihak terlibat”
“kalau tak nak pun, saya nk jumpa mak ayah dia jika sudi. Saya pun terkejut atas berita kematian Adik Thaqif. Takziah, al fatihah. Saya tak nak komen lebih-lebih tapi negara kita kan ada undang-undang,” tulisnya menerusi akaun Facebook meminta untuk menghubungi keluarga arwah