Majlis perkahwinan itu diadakan sehari selepas majlis berendoi anak sulung mereka, Aleena Rose yang dilahirkan pada 1 Mac lalu.

Menurut Nadya, mengikut perancangan awal, majlis persandingan di sebelah utara akan diadakan pada 20 Mei tetapi dipercepatkan kerana pada tarikh berkenaan majlis bertandang akan diadakan di sebelah pihak suaminya di Kelantan.

“Kenduri terpaksa dipercepatkan sebab dah nak masuk (bulan) Ramadan. Untuk majlis di rumah saya nanti biasa saja, jemputan adalah kira-kira 1,000 orang. Kenduri di kampung biasalah sanak saudara ramai. Saya ada juga undang rakan-rakan artis.

“Walaupun biasa-biasa saja tapi pelamin tetap ada dan saya pilih baju warna merah jambu. Majlis ini tetap diadakan kerana saya dan suami teringin nak bersanding macam pengantin lain. Saya tidak peduli apa orang nak kata kerana itu majlis saya yang mahu dikongsi dengan keluarga dan sahabat handai,” katanya yang telah bernikah pada 25 September 2015 .