Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

[Video] Norman Hakim Nasihat Anak Sebak Kembali Ke Asrama!

$
0
0


Pelakon berbadan sasa, Norman Hakim sememangnya dilihat sebagai seorang bapa yang penyanyang. Ramai netizen yang memuji cara yang diamalkan oleh Norman Hakim ketika melayan anak-anaknya, sama ada tiga orang hasil perkahwinan terdahulu bersama Abby Abadi, mahupun dua anak lelakinya bersama Memey Suhaiza hasil perkahwinan terkini.

Umum mengetahui dua orang anak Norman Hakim bersama Abby Abadi, iaitu Danish dan Marissa sedang belajar di sekolah agama dan tinggal di asrama.

Momen, menjemput anak dan menghantar anak kembali ke asrama sudah menjadi rutin kepada aktor berusia 41 tahun yang masih tampak segak ini.

Semalam, Norman Hakim, memuat naik video pendek di Instagram yang antara lain memaparkan anak lelaki sulungnya itu sebak dan sedang mengesat mata menggunakan tisu.

Danish dikatakan sebak untuk kembali ke asrama berikutan cuti hujung minggu yang terlebih sehari ekoran cuti umum pertabalan Yang Dipertuan Agong. Tambah Norman Hakim, Abby Abadi yang tiada di ibu kota kerana pulang ke kampung suaminya, mungkin menambah sebak di hati Danish.

Begitupun, seperti biasa, Norman Hakim dengan tutur kata lembut memberikan titipan kepada Danish supaya kuat dan berani sebagai seorang anak lelaki yang akan menjadi pemimpin.


Tahniah, Norman Hakim kerana menjadi Papa contoh di laman sosial kepada para netizen!




Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>