
“Saya bukan saja boleh bersahabat baik dengan Fathia tetapi sesiapa saja yang mahu berkawan dengan saya. Takkan nak berkawan pun tak boleh? Pada saya, hubungan persahabatan kami memang ikhlas. Apatah lagi, saya tidak pernah mengajak atau mengajar dia melakukan perkara tidak baik. Salahkah kami berdua bersahabat”
Itu antara luahan hati Uqasha Senrose yang dipaparkan Harian Metro apabila netizen seolah tidak merestui hubungan baik antara Uqasha Senrose dan Fathia Latiff.
Rata-rata menyatakan Uqasha memberikan pengaruh buruk kepada Fathia, apatah lagi baru-baru ini Uqasha berindak membuka hijab!
“Terpulanglah nak cakap apa pun saya tak kesah. Lagi pun, saya tidak pernah mengganggu hidup orang lain. Saya senang berkawan dengan mereka yang mahu berkawan dengan saya. Bagi saya, apabila ramai orang suka dan nak kawan dengan kita, ia membawa aura positif untuk diri kita sendiri,” jelasnya.