Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

"Dia Cakap Senanglah, Saya Yang Kena Bersalin!" - Che Ta

$
0
0



Aktres Rozita Che Wan berkata dia belum bersedia untuk menambah anak seperti yang dimahukan suaminya pelakon Zain Saidin.

Rozita atau Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta, 44, berkata, pada usianya kini dia mahu lebih memberi fokus kepada pembesaran anak-anaknya berbanding untuk mengandung lagi.

"Dia (Zain) cakap senanglah, saya yang kena bersalin tu bukan senang. Buat masa sekarang saya mahu fokus kepada perkembangan tiga-tiga orang anak saya ini. Saya mahu mereka dibesarkan dengan baik," ujarnya kepada mStar Online.



Sementara itu, Zain, 33, yang turut berada pada sidang media berkenaan memberitahu dia akan terus memujuk isterinya untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata.

"Saya masih dalam proses memujuk ni, nanti kami akan ke Mekah menunaikan umrah pada penghujung Februari ini.

"Saya nak doa banyak-banyak agar dia berlembut hati untuk beri saya cahaya mata lagi," ujarnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Trending Articles