
Berkongsi kegembiraan kehamilan pertama, pelakon Syatilla Melvin berkata suaminya yang juga pelakon popular Shaheizy Sam melarangnya berlakon sebaik sahaja disahkan hamil.
“Saya hanya mengetahui diri hamil selepas dua minggu tidak datang haid. Pada mulanya, saya cuba untuk tidak terlalu berfikir mengenainya kerana bimbang nanti kecewa. Cuma terdetik juga di hati, mungkin saya hamil kerana selama ini, tidak pernah berdepan masalah kitaran haid”
“Saya gembira apabila ujian kehamilan yang dilakukan sendiri di rumah menunjukkan keputusan positif. Suami seperti hilang kata-kata apabila doktor memaklumkan saya hamil ketika kami melakukan pemeriksaan lanjut di hospital,” jelas Syatilla kepada BH Online.