Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Ziana Zain, Azlan The Typewriter Dan Jaclyn Victor Bergabung Dalam Konsert High Note 2016

$
0
0


Konsert High Note 2016 yang bakal berlangsung pada 26 dan 27 November depan.menampilkan tiga penyanyi dengan nada suara tinggi, Ziana Zain, Jaclyn Victor dan Azlan The Typewriter di Istana Budaya dianggap cukup bermakna sebelum pentas bertaraf antarabangsa itu ditutup tahun depan bagi kerja menaikkan taraf.

Azlan Typewriter, mengakui gandingannya bersama Ziana Zain pada acara kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2011 (ABPBH 2011) mencetuskan inspirasi penganjuran Konsert High Note 2016

Kata Azlan lagi, pada konsert yang dijadualkan berlangsung selama dua jam itu, mereka akan mempersembahkan kira-kira 20 lagu.

"Saya meletakkan Ziana sebagai fokus dan penyanyi utama pada konsert ini. Sudah pasti beliau akan membuat lebih persembahan berbanding saya dan Jac kerana saya anggap beliau sebagai pencetus evolusi penyanyi bernada tinggi," katanya.

Dalam pada itu Azlan juga berkongsi berita bahawa mereka bertiga akan berpadu suara menerusi lagu Anggapanmu. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>