
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan meminta Kementerian Pendidikan meneliti cadangan supaya Akta Perlindungan Guru digubal bagi melindungi pendidik di zaman yang semakin mencabar sekarang.
“Saya akan minta Kementerian Pendidikan supaya meneliti usul itu dulu sebelum ia dibawa ke Kabinet,” katanya dalam ucapan penggulungan pada mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh 2016 di sini semalam. - Kosmo!