Quantcast
Channel: Engku Muzahadin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940

Positif Doping 2 Pemain Liga Super PDRM & Perak Digantung!

$
0
0

Hiasan

Dua pemain bola sepak Liga Super, masing-masing mewakili pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Perak, digantung dua tahun daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak ekoran positif ujian doping.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini berkata, Muhammad Shafiq Jamal (PDRM) dan Muhammad Firdaus Saiyadi (Perak) digantung dari 9 Jun 2016 hingga 8 Jun 2018.
Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bermesyuarat pada Selasa lepas, berdasarkan ujian sampel air kencing kedua-dua pemain itu selepas perlawanan Liga Super di antara PDRM dan Perak di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 4 Mei lepas.

"Pemain didapati positif ujian doping dan didapati bersalah kerana melanggar Artikel 6 Peraturan AFC Anti-Doping 2016 berkenaan Peraturan Anti-Doping," kata kenyataan itu. - Kosmo!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 3940


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>