
Adi Putra mohon maaf atas tanda soal yang tersebar berhubung dakwaan sudah kahwin dua. Adi Putra mengakui sudah berkahwin dua. Adi Putra berkata dia sedia maafkan individu yang menjadikan isu berkenaan dirinya sudah berkahwin sebagai kontroversi dan tersebar luas sebelum diberikan penjelasan.
“Nak hukum, nak salah biarlah kepada saya sahaja. Jangan libatkan isteri-isteri saya, atau keluarga isteri-isteri saya,” jelas Adi Putra secara eksklusif dalam program hiburan TV Melodi.